Thursday, January 15, 2009

MENGENALI RADIO AMATUR


Radio amator merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amator di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amator yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Seperti yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amator hanyalah sekadar bercakap sahaja, tetapi apa yang berlaku kini dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas, sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap sahaja malahan dapat melihat seperti sebuah televisyen yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Kebanyakan daripada pengguna radio amator memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit di dunia ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi memancarkan isyarat yang dipancarkan oleh set mereka.Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.

Lesen radio amator di negara ini terbahagi kepada 2 kelas iaitu A dan B. Lesen B merupakan lesen asas yang dikeluarkan kepada calon yang lulus RAE. Lesen B membolehkan operator radio amator mengendalikan radio pada julat dan kuasa pancaran (watt) yang lebih rendah berbanding pemegang lesen kelas A. Pemegang lesen kelas B akan mendapat callsign yang bermula dengan 9W2 (9W) atau disebut sebagai Nine-Whiskey-Two manakala pemegang lesen kelas A disebut sebagai 9M2 (9M)atau Nine-Mike-Two. Callsign tersebut adalah unik bagi setiap pemegangnya dan digunapakai untuk berhubung ke seluruh dunia.Mereka yang ingin mendapatkan lesen kelas A, perlu terlebih dahulu memiliki lesen kelas B untuk sekurang-kurangnya 1 tahun sebelum boleh memohon untuk menduduki ujian CW (continous wave) atau Kod Morse. Hanya mereka yang lulus sahaja akan diberikan lesen kelas A dan boleh mengendalikan perkakasan radio berkeupayaan tinggi selain boleh berhubung menggunakan Kod Morse hanya dengan menggunakan bateri berkuasa 9 volt.Di Malaysia, perkhidmatan radio amator dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia atau juga dikenali sebagai MCMC.

Seseorang yang ingin menjadi mengoperasikan perkakasan radio komunikasi amator perlu terlebih dahulu menduduki Peperiksaan Radio Amator atau RAE (Radio Amateur Examination) yang dikelolakan oleh MCMC. Calon yang lulus akan dibenarkan untuk membuat permohonan untuk mengoperasikan perkakasan radio amator dan diberikan callsign atau tanda pengenalan untuk berkomunikasi. Hanya selepas memperolehi AA atau Apparatus Assignment (penguntukan radas/lesen) dari MCMC, seseorang boleh mula ber"QSO" atau berbual di dalam jaluran.Setiap negara mempunyai badan yang bertanggungjawab memantau semua aktiviti yang berkaitan dengan radio amator sebagaimana MCMC untuk Malaysia. Badan ini diikhtiraf oleh ITU International Telecommunication Union iaitu badan yang menyelia dan memantau aktiviti berkenaan telekomunikasi pada peringkat antarabangsa. Peruntukan callsign untuk sesuatu negara adalah dibuat di peringkat ITU. Badan khas yang memantau operasi radio amator di peringkat ITU adalah IARU International Amateur Radio Union. Setiap negara mempunyai hanya satu persatuan radio amator yang diikhtiraf oleh IARU. Untuk Malaysia, persatuan yang diikhtiraf oleh IARU adalah MARTS. Walaupun begitu, persatuan-persatuan lain yang berasaskan lokaliti (negeri, daerah, institusi dan sebagainya) atau kumpulan minat (pacuan 4 roda, khidmat kecemasan, pengembaraan dan sebagainya) bebas ditubuhkan dan beroperasi di Malaysia.

Tuesday, January 13, 2009

Understanding Physics

The study of the laws that determine the structure of the universe with reference to the matter and energy of which it consists.
The study was divided into separated fields; heat , the properties of matter, light, sound ,wave, electricity, magnetism, mechanics, nuclear physics etc.
In physics , there is the need to make careful observations, precise and accurate measurements.
Understanding natural phenomena and observing everyday objects such as a table, a mirror etc and discuss how they are related to physics concepts has always been a central aim of physics.
The roots of all science are firmly based in experiment. Of course , mastering scientific skills applying scientific knowledge must be the important thing to learn physics.


Physical Quantities
Physics is based on measurement. We discover physics by learning how to measure the quantities that are involved in physics and we call its as physical quantities.

The meaning of Physical Quantities
Physical quantities are quantities that can be measured.
Examples of physical quantities are length, mass, time, weight, pressure, current and force.
A physical quantity is a property ascribed to phenomena, objects, or subtances that be quantified.
Example are:
(i) Frequency of oscillation – frequency is the quantity and oscillation is the phenomenon
(ii) Length of a wooden block – Length is the quantity and the wooden block is an object
(iii) Density of water – density is the quantity and the water is the substance

There are two types of the physical quantities,
Base quantities
Derived quantities


Base Quantities
The physical quantities which are used as the basis for the measurement and can’t be derived from other physical quantities.

There are five base quantities as shown in the following table:


Base quantity
Length
Mass
Time
Temperature
Current


Derived Quantities
The physical quantities which were derived from base quantities by multiplication operation or division operation or both

There are three examples for derived quantities as shown in the following table.

Derived quantity

Area

Velocity

Density

State the base units for the following derived quantities:
(a) Force
(Hint : Force = mass x acceleration )

(b) Impulse
(Hint : Impulse = change of momentum)

(c) Work
(Hint : Work = force x displacement)


Solution

(a)




(b)




(c)

Scalar and Vector quantities

A scalar is any quantity with size (magnitude) but without specified direction.

Examples of scalar quantities include mass, time, length, temperature, energy, work, speed and pressure.

A vector is any quantity with size (magnitude) and specified direction.
Examples of vector quantities are displacement, weight, force, velocity, acceleration and momentum.

Question

(a) The current flows through a metal
conductor is is defined by the equation

current = charge
time

Based on the equation, which of the quantities above are

(i) base quantities

.......................................................
(ii) derived quantities

.......................................................
(b) What are the S.I.units of charge?

...............................................................

The power of a student to run up a stair is given by the equation
Power = force X displacement

(a) State the base quantities contain
in the equation above.

....................................................................
(b) State the power in term of base quantities.

....................................................................

Kertas 2 Fizik SPM

SECTION C: ( 20 MARKS )
Instruction: : Answer any one question from this section.

Type material Refractive index Purity Characteristics Fiber diameter
A 2.5 Pure Rigid, strong Small
B 1.95 pure Not rigid, strong Small
C 1.5 Pure Rigid, not strong Big
D 1.95 Some impurity Not rigid, not strong Big

The table above shows the characteristic for 4 types of materials chosen to make fiber optics.
i) what is mean by total internal reflection ( 1 marks )
ii) State the conditions for total internal reflection to occur. ( 2 marks)
b ) Explain the suitability of the material in the table above to be used in the making of fiber
optics. Choose the most suitable material and give the reasons for your choice ( 10 marks)

c ) The refractive index of glass is 1.5 and diamond 2.4.
i) Determine the critical angle for glass and diamond. ( 2 marks)

QUESTION END

Monday, January 12, 2009

TEKNIK BELAJAR FIZIK

Fizik merupakan mata pelajaran sains tulen yang dianggap sangat susah oleh pelajar. apabila disebut saja fizik ramai pelajar yang kaget dan gusar kerana aura fizik memang susah. Namun begitu fizik merupakan mata pelajaran yang mudah untuk lulus malah ramai pelajar mendapat skor markah tinggi dalam peperiksaan. berikut adalah teknik belajar fizik yang paling berkesan dan sudah diuji dalam 10 tahun pengalaman saya mengajar subjek tersebut.

1. Menghafal semua tajuk fizik yang terdapat dalam sylibus Fizik SPM.

2.Mengingat semua subtajuk Fizik SPM

3. Mengingat semua hukum dalam Fizik SPM

4. mengingat dan memahami semua konsep, prinsip dan teori dalam Fizik SPM.

5. Membuat latih tubi mengikut topik Fizik SPM mengikut jadual belajar.

6. Menyelesaikan masalah dalam Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 3 Fizik SPM dengan lengkap
sekali dalam seminggu.

7. Tanya guru dalam apa juga masalah berkaitan dengan Fizik SPM

Saya sangat yakin pelajar-pelajar akan berjaya sekurang-kurangnya lulus gred 8E dalam SPM.

Sunday, January 11, 2009

RPH FIZIK T4

MATA PELAJARAN FIZIK
BAB 1
TAJUK BAB PENGENALAN KEPADA FIZIK
___________________________________________________________________
Bidang Pembelajaran : . Pengenalan kepada fizik

HPU :
1.1 Memahami konsep fizik
1.2 Mengaplikasikan kuantiti asas
1.3 Menganalisiskan kuantiti terbitan

HPK
Aras 1
□ Menyenaraikan pemerhatian berkaitan dengan fenomena
fizik.
□ Mengenal pasti bidang fizik.
□ Mengenal pasti kuantiti asas
□ Mengenal pasti kuantiti terbitan serta unitnya.

Aras 2
□ Menerangkan konsep fizik.
□ Menerangkan kepentingan fizik
□ Menghitung nilai kuantiti asas dalam bentuk piawai.
□ Menghitung nilai kuantiti asas dalam bentuk imbuhan.
□ Mencerakinkan kuantiti terbitan.
□ Mencerakinkan unit kuantiti terbitan.

Aras 3
□ Menerangkan kaedah untuk mengkaji fizik.
□ Menyenaraikan kerjaya yang berkaitan dengan fizik.
□ Menghitung nilai kuantiti asas yang melibatkan
pertukaran unit.
□ Menyelesaikan masalah kuantitatif yang melibatkan
pertukaran unit dan imbuhan.

Penyerapan Nilai
□Baik hati □Rasional □Kerjasama □Keyakinan
□Kerajinan □Kasih sayang □Kesyukuran □Kebebasan
□Keadilan □Berdikari □Menghargai □Keberanian
□Kejujuran □Patuh □Ketekunan
□Tanggung jawab
□Kesederhanaan □Kebersihan fizikal & mental
□Semangat kemasyarakatan □Hormat menghormati

Elemen Pengurusan Pembelajaran Bestari / Kemahiran Generik Yang Menjadi Fokus
□Kem. Berfikir □Pembelajaran Kontekstual □Mediatif
□Kem. Tek. Maklumat & Komunikasi □Pembelajaran Masteri □Interpersonal
□Kem. Belajar Cara Belajar □Kolaboratif □Generatif
□Kajian Masa Depan □Koperatif □Direktif
□Kecerdasan Pelbagai □Pembelajaran Konstruktivisme
□Lain – lain ( Nyatakannya ) ________________________________________________________________
Refleksi :